Friday 19 July 2013

Kalau Kau Rasa..

Kalau kau rasa kau tak berwang..
Hidup dalam kemiskinan...
Renung...
Ada yang langsung tak punyai kaki kerana kemalangan..
Lumpuh seluruh badan kerana penyakit..
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa kau bodoh...
Lihat pada mereka yang tak mampu kesekolah kerana kemiskinan..
Hanya sayu melihat teman sebayanya pulang dengan pakaian seragam putih, seluar biru..
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa kau penat berjalan kaki..
Tiada kenderaan untuk dijadikan kemudahan diri ketempat dihajati..
Tenung mereka yang hanya mampu bergerak..
Hanya menggunakan kerusi roda..
Yang hanya berjalan dibantu tongkat..
Kini...
Saya tanya lagi...
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa...
Diri kau tidak sempurna...
Merasakan kau satu beban...
Lihat kanak-kanak yg lahirnya dimuka bumi..
Terus dalam keadaan cacat..
Tak mampu menjalani kehidupan seakan budak normal yang lain..
Apa perasaan mereka?

Kalau kau rasa...
Kau bukan teman sejati..
Kau dikhianati..
Kau diabaikan..
Lihat temanmu yg lain..
Yang ketiadaan ayah, mahupun ibu..
Sebelum mereka mampu menyahut panggilan "Ayah!!..Ibu!!.."

Kalau kau rasa...
Sunyi...
Keseorangan...
Lihat...
Renung..
Muhasabah..
Carilah Tuhanmu..

Kalau kau rasa..... :)

by Nizam Mustapha :)

No comments:

Post a Comment