Wednesday 14 August 2013

RECONSA 2013

"YOUR LIFE IS YOUR MESSAGE TO THE WORLD. MAKE SURE IT IS INSPIRING TO OTHERS"

TRANSFORM YOUR THINKING NOW!!


Assalamualaikum and Hi,

On behalf of Universiti Teknologi PETRONAS (UTP),We would like to invite you to our Regional Conference on Student Activism (RECONSA) 2013. We welcome your participation for our conference. For further details, please refer to:


1) Our mailing poster.




GOOD NEWS FOR YOU!!




* Are you interested in submitting the research paper? 

  You can submit you full paper without submitting the abstract before 13 September 2013.


* The notification of acceptance of paper will be announce on 30 September 2013.



SPECIAL FEES FOR RECONSA PARTICIPANTS!!


Participants Fees: (Covering Food & Beverages, Accommodation and Conference Material)


1) UTP Student - RM 50
2) Non UTP Student - RM 80
3) Non Local (International Student) - RM 150

Audience Fees: (Covering Food & Beverages and Accommodation)

1) UTP Student - RM 70
2) Non UTP Student - RM 100
3) Non Local (International Student) - RM 170


Kindly request your coorperation to forward it your Student Representative Council.



For more inquiries, don't hesitated to ask:
Noraiman Tajudin : 017-5802371
Irfan Saleh : 013-6749200
Madina Abdullah : 019-3749243

Saturday 27 July 2013

Jika aku.. ^^

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pemadam yang sentiasa berada di sisi..
Kau memadam segala kesilapan aku..
Aku menulis erti yang salah mengenai sesuatu...
Kau sahaja yang berada disitu..
Membetulkan kesilapan aku..
Dan mengajar perkara yang benar..
Kau tak pernah lelah membetulkan aku..
Walaupun aku sering kali lakukan kesilapan..
Menulis tanpa hala tuju..
Kau jadi pemadam yang memadamkan segala perkataan yang buruk..

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pengorek yang sentiasa mengasah aku untuk sentiasa tajam..
Kau sentiasa memberi aku semangat tatkala ianya tumpul kerana ditulis tanpa henti..
Saat aku tumpul..
Hanya engkau sahaja disitu..
Rela mengasah aku..
Kau tahu aku akan sakit dek asahan kau..
Tapi kau sanggup lakukan demi memastikan aku mampu menulis kembali..
Untuk aku lancar menulis..
Untuk aku terus berbakti..

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pembaris yang sentiasa menjadi arah agar aku lurus memberi pena..
Kau rela terbaring disitu, hanya untuk memastikan aku mampu berjalan dengan lurus..
Walaupun kadang-kadang aku terlalu alpa,
Sehingga diri kau terluka kerana ketajaman aku..
Namun, kau masih disitu...
Sehingga kini, masih lagi melayan karenah aku..
Memperbetulkan garisan aku agar terus lurus..
Kau seakan pembaris yang memberiku satu jalan yang satu..

Namun aku sedar, diriku semakin lama semakin pendek..
Diriku yang pada awalnya panjang..
Semakin pendek...banyak perubahan berlaku...
Kau juga begitu..
Jika kau pemadam..
Kau semakin nipis, hampir lenyap di mata kasar..
Kalau dulunya kau membersih dengan baik, tanpa kesan..
Kini kesan pemadammu, hanya samar-samar..
Jika kau pengasah..
Kau semakin tumpul...tak mampu lagi untuk mengasah diri aku..
Sebab kesannya akan ketara pada aku..
Jika kau pembaris..
Kau makin rapuh, dan akan patah pada bila-bila masa sahaja..
Tak mampu memimpinku lurus ke jalan yang satu..

Tapi aku sebagai pensil...
Sangat menyayangimu...
Sebab kaulah pemadam yang terbaik..
Kaulah pengasah yang paling tajam..
dan..
Kaulah pembaris yang paling kental..

Jika satu hari nanti, aku peroleh pemadam yang baru, yang lagi jitu..
Jika satu hari nanti, aku diberi pengasah berwarna merah yang kilat menyala..
Jika satu hari nanti, aku disisi pembaris besi yang lurus dan hebat...
dan jika mereka bertanya..

"Adakah kami yang terbaik?"

Aku akan menjawab..

"Anda mungkin yang terbaik, tapi ada lagi yang lagi hebat,malah berharga dalam diri aku..si Dia yang sanggup berkorban untuk aku, agar terus laju menulis di atas kertas putih"

Jika aku adalah pensil..kaulah sahabat sejati aku :)



Thursday 25 July 2013

Sekali lagi....

Kau datang, dan kau pergi...
Pergi membawa diri jauh..
Semakin jauh dari pandangan..
Membiarkan aku keseorangan..
Sepi.

Aku sendiri...
Di sini....aku sendiri..
Masih lagi menunggu hadirmu kembali...
Kau pergi tanpa berita..
Hilang tanpa senyuman terakhir..
Apa salahku? 
Apa salahmu?

Sekali lagi aku sendiri..
Sekali lagi keseorangan..
Sekali lagi aku menangis hiba.

Air mata menjadi teman setia.
Menjadi sahabat akrab aku.
Sentiasa membasahi pipi..
Tanpa henti..
Deras menitik jatuh kebumi..

Kini....
Aku lihat kau bersama mereka..
Penuh gelak ketawa..
Penuh riang..

Andai itu yang terbaik.
Aku yakin itu adalah salah aku.
Aku ambil langkah...
Langkahku sayu meninggalkanmu..
Tak mampu aku menoleh..
Berat..

Sekali lagi...
Aku sepi.. 

RECONSA 2013

Assalamualaikum and Hi,
On behalf of Universiti Teknologi PETRONAS
(UTP), Malaysia, we would like to invite you to our Regional Conference on
Student Activism (RECONSA) 2013. We welcome your participations for our
conference. For further details, please refer to our mailing poster and our
website. The link was provided below :

RECONSA (UTP) 2013

Kindly request your cooperation to forward it your Student Representative
Council.''

Sincerely;
(Muhamad Nizam Bin Mustapha
Ceremony & Protocol Department)
Universiti Teknologi PETRONAS, Malaysia.



Friday 19 July 2013

Kalau Kau Rasa..

Kalau kau rasa kau tak berwang..
Hidup dalam kemiskinan...
Renung...
Ada yang langsung tak punyai kaki kerana kemalangan..
Lumpuh seluruh badan kerana penyakit..
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa kau bodoh...
Lihat pada mereka yang tak mampu kesekolah kerana kemiskinan..
Hanya sayu melihat teman sebayanya pulang dengan pakaian seragam putih, seluar biru..
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa kau penat berjalan kaki..
Tiada kenderaan untuk dijadikan kemudahan diri ketempat dihajati..
Tenung mereka yang hanya mampu bergerak..
Hanya menggunakan kerusi roda..
Yang hanya berjalan dibantu tongkat..
Kini...
Saya tanya lagi...
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa...
Diri kau tidak sempurna...
Merasakan kau satu beban...
Lihat kanak-kanak yg lahirnya dimuka bumi..
Terus dalam keadaan cacat..
Tak mampu menjalani kehidupan seakan budak normal yang lain..
Apa perasaan mereka?

Kalau kau rasa...
Kau bukan teman sejati..
Kau dikhianati..
Kau diabaikan..
Lihat temanmu yg lain..
Yang ketiadaan ayah, mahupun ibu..
Sebelum mereka mampu menyahut panggilan "Ayah!!..Ibu!!.."

Kalau kau rasa...
Sunyi...
Keseorangan...
Lihat...
Renung..
Muhasabah..
Carilah Tuhanmu..

Kalau kau rasa..... :)

by Nizam Mustapha :)

Tuesday 16 July 2013

Smile and Tears :)

When we suppose to smile..
What happens to the tears?

And when we cried..
What happen to the smile??

Life is unfair..
Life not perfect..
Life not complete..

But life gives us value of a smile..
Same goes with tears..

Great love means something :)


Sunday 14 July 2013

Sebenarnya Saya Rindu Dia

Sebenarnya saya rindu dia...
Ya...
Benar...
Tiada yang salah dengan statement tu..
Saya rindu dia...
Dia yang aku senyum tatkala hati penuh dengan kesedihan...
Dia yang aku sayang tatkala aku diulit perasaan benci..
Dia yang bernama P.O.Y.O.
Sebenarnya saya kawan dia... :)

Teman

Sememangnya aku perlukan teman yang baik untuk membantu aku agar sama-sama menuju ke destinasi Syurga Allah..
Teman yang baik, teman yang penyayang, teman yang segala-galanya..
Aku jumpa ramai orang...
Dari umur 7 tahun, hinggalah mencecah 20..
Tapi tiada lagi istilah teman yang aku jumpa...
Aku senyum sorg2 disebalik kesibukan manusia mengejar matlamat hidup..
Dimanakah aku mencari teman yang sedemikian rupa?
Dimana? 

Pertanyaan keluar dari benak fikiran aku setiap masa, tanpa henti..
Banyak sungguh pertanyaan aku...
Sampai ada yang lelah untuk menjawab, malah ada yang lari..senyap bersembunyi...
Salah aku...aku faham...aku salah...
Maaf....tapi aku mencari teman yang baik 

Wednesday 10 July 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah...
Syukur...
Thank you Allah..
This is the greatest gift I ever had..
Alhamdulillah..

Saturday 6 July 2013

Foundation :D

Ingat tak masa foundation?
Kita pergi mamak 3 pagi..
Lapar..
Aku makan nasi goreng kampung..
Kau makan Roti Nan Cheese..
Kita kongsi..

Tapi sebab lapar sangat...
Kau bagi aku makan sedikit je..
Hahaha

"Aku lapar la~~~"
Itu masa kita foundation :)

Friday 29 March 2013

Sahabat ^^

Sahabat itu secara fitrahnya, manusia perlukan sahabat. Tak kiralah sama ada sahabat sebagai isteri mahupun kawan sebagai seorang sahabat. Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Saya yakin, anda pun tahu. Oleh itu, kita memerlukan sahabat sebagai pelengkap kepada kelemahan kita. Penguat saat kita lemah. Menghulurkan tangan saat kita jatuh. Penghibur saat kita berduka.



Saya juga mengimpikannya dan ingin merasainya. Manisnya saat berukhuwah. Berukhuwah dengan ibubapa, abang dan adik, jiran tetangga, sahabat, rakan sekolah, guru, dan masyarakat kerana-Nya. Tapi saat ini, saya belajar di alam IPT. Maka itu, kecenderungan hubungan ukhuwah kita hanya kepada rakan-rakan atau sahabat. Berjuang bersama-sama mencapai cita-cita dijalan-Nya. 'Cemerlang Akademik dan Cemerlang Dakwah.'

Sahabat umpama pesaing



Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah ayat1 148)


Sahabat umpama pesaing. Bersaing antara satu sama lain ke arah satu matlamat. Berlumba-lumba dalam kebaikan. Hanya mencari redha-Nya. Menjalinkan ukhuwah kerana-Nya. Dengan mengharapkan cintanya sampai ke syurga.

Alhamdulillah, saya pernah mengalami situasi ini. Bahkan setiap hari saya merasainya. Berlumba-lumba dalam kebaikan. Kekadang teringat juga kisah para sahabat. Kisah Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar. Mereka bersahabat dan berlumba-lumba dalam mengejar kebaikan. Saya seolah-olah mengalami kisah yang sama. Namun, kisah persembahan yang berbeza daripada kisah sahabat Rasulullah SAW .



Saya tercabar apabila melihat sahabat saya melakukan amal ibadah. Maksudnya saya bukanlah hendak menghalang dan memudaratkannya daripada melakukan amal ibadah. Apatalagi mengancam untuk berhenti mengerjakannya. Akan tetapi saya seakan-akan mendapat aura dan kuasa apabila melihat sahabat saya selalu membaca al-quran. Pantang ada masa lapang. Al-Quranlah yang akan dibacanya.




Sejak belakangan ini, saya sering bertanya jumlah juz bacaan al-qurannya. Jawapan yang diberi adalah selalu diluar jangkaan. Selalu saja dia lebih banyak daripada bacaan saya.

Saya teringat kata-katanya ramadhan lepas. Ketika itu puasa yang keenam. Katanya.

"Akhi, ana lihat anta ni lebih banyak baca buku daripada baca al-Quran."

Mendengarkan kata-kata itu, saya terjeda. Diam seribu bahasa.

'Benar katamu akhi' Hatiku berdesis.

Mulai saat itu, saya mula menanamkan azam. Azam untuk membaca al-quran dengan banyak dan memahami terjemahannya. Saya juga yakin dan berani menetapkan target bulan ramadhan iaitu mengkhatam al-Quran 30 Juzuk. Maklumlah bacaan al-Quran saya tidak lancar dan tersekat-sekat.

Namun, saya terus menguatkan azam dan tidak memberi alasan. Dengan berbekalkan keyakinan kepada Allah SWT dan kata-kata motivasi daripada sahabat saya. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berjaya mengkhatam al-Quran 30 Juzuk.

Doakan semoga semua amal ibadah kita niat ikhlas kerana Allah SWT.

Teringat pula hadits Rasulullah SAW berkenaan dengan niat. Beliau bersabda yang bermaksud " terimanya amalan anak adam itu bergantung apa yang diniatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Terima kasih Allah.

Terima Kasih Sahabat.

Banyak lagi kisah-kisah sahabat saya menyebabkan diri sentiasa disaingi. Persaingan yang sehat dalam beramal ibadah. Beribadah hanya mencari keredhaan-Nya.

Hakikat seorang sahabat

Sahabat sebenarnya ada dua macam iaitu sahabat yang membawa kita ke syuga dan sahabat yang akan mengcampakkan kita ke dalam neraka. Namun, hakikat sahabat hanya ada satu iaitu sahabat yang akan membawa kita ke syurga.

Sahabat jenis ini membuatkan kita sering mengingati Allah SWT. Apabila kita banyak mengingati Allah SWT, Hati akan menjadi tenang.

Sebagaimana firman-Nya lagi yang bermaksud;

"..perbanyakkanlah mengingati Allah SWT, kerana dengan mengingati Allah SWT, hati akan jadi tenang.."
(Surah Ar-Rad'  ayat 28)

Itulah hakikat seorang sahabat. Susah senang setia bersama. Berasa tenang ketika bersama. Berasa kekurangan ketika terpisah. Semua itu terjadi jika bahan binaannya adalah iman. Apabila ikatan ukhuwah atas dasar iman.

Yakinlah firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."
(Surah ali Imran ayat 103)

Bersahabatlah semata-mata mencari redha Allah SWT. Tidak lebih dari itu! Nescaya Allah SWT akan menenangkan jiwamu. Meneguhkan kedudukanmu. Merapatkan saf atau barisan dakwahmu agar tercapai impianmu iaitu mati syahid dijalan-Nya.

Bagaimana dengan anda?

Sudahkah anda menemui sahabat seperti ini. Jika belum lagi, jangan berputus asa. Teruskan memperbaiki diri. Memohon doa kepada Allah SWT. InsyaAllah, Allah SWT akan menghadiakan sahabat yang soleh untukmu.

Yakinlah.




Saturday 23 March 2013

Kursus Pengurursan Organisasi Jan'13, in memories

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera diucapkan..

Dah lama aku tak tulis...
Rindu ada, kekok pun ada...
Aku agak busy sedikit semenjak nie...
Aku ada masuk event lagi..
Hahaha...
Then kerja as Research Assistant makin lama makin busy...
nak tak nak...aku kena stop sebentar daripada post apa2 kat blog nie :)

Okay, pada 15hb - 17hb Mac yang lepas... Aku ada mengikuti satu program nie...
Nama program nie Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Jan'13.. :)
Program nie more to nak bentuk junior yang masuk UTP nie dalam handle event...
Tapi aku tersesat...
Hahaha...aku sorg je budak degree yang jadi peserta time kursus nie...
Well... haha
Event nie buat kat Chalet Amir, Ayer Tawar, Perak..
Time first aq sampai tu...aku nampak laut..
Like seriously AWESOME dude!! :)


So, aku nak cerita sedikit apa yang aku peroleh from that point...
Aku dapat tahu how to make a proposal untuk sesebuah event...
The right communication to deal with people, especially sponsor...
The best moment is when I get to know better my junior...
Dorg memang awesome....dorg memang the best...
Here the pictures... :)
































This is the memory that I get from the program...
With the MTME yang awesome + sempoi...
It created a great memory ever...
:)
Thats all from me for today...
Assalamualaikum :)

Thursday 28 February 2013

UTP ^^

Assalamualaikum WBT.. dan Salam Sejahtera diucapkan.. :)

Bismillah... :)

Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang ada chat dekat "ShoutBox" kat sebelah kanan blog aku tu...ada yang bagi kata2 semangat kat aku...thanx guys :')

UTP, Universiti Teknologi Petronas :D

Alhamdulillah..sekarang nie dah 1 March, bersamaan 18 Rabiul Akhir 1434 H..

Well, hari ini sebenarnya tengah misdem dekat UTP nie, tp as aku pernah beritahu in my previous post, kerja as Research Assistant kat UTP nie membuatkan aku tak boleh balik...sobs~~ :'(


Tapi normal la kan? Aku bekerja, bukan nyer belajar sem nie...so adapt the truth that sometimes we need to changed our mind for a reason :) *mcm apa yang kawan aku sorg nie selalu beritahu aku, hehe

InsyaAllah sem depan aku akan melangkau as 2nd Year degree student dekat sini, sebagai Electrical and Electronic engineering student, terus terang aku beritahu, bukan senang untuk maintain kan keputusan yang baik dalam course nie.. Well, if kamu yang baca ni adalah UTP student, for sure korg tahu the reason why..haha...tapi for those yang luar dari scope UTP, engineering bukan senang, aku akui...Tapi aku fikr2 balik, actually mana ada yang senang sekarang bukan? Even nak makan pun susah~~ kena pergi masak bagai...hurm, jadi aku nak random je kat sini, apa yang kita semua lakukan kat dunia semua ada kesusahan dan kesenangan.. Engineering ke, medic ke, cikgu ke, semua ada kesusahan dan kesenangan... :)

Dah2, tak mau merungut...hehehe...rezeki ini Allah bagi kat kita, kita kena hargai semoleknya.. InsyaAllah, dia tahu perjalanan hidup kita, ada hikmah kenapa kita mengalami kesusahan itu, dan ada hikmah jugak kenapa kita memperolehi kenikmatan itu..semua yang berlaku ada hikmah yang Allah cuba sampaikan kat dalam diri kita nie, cuma iman je yang mennentukan samaada kita nak menghargai nikmat itu dengan kesyukuran ataupun bongkak terhadap-Nya, atau menerima dengan hati yang redha apabila mengalami kesusahan daripada memaki diri sendiri atas kesalahan yang boleh dibaiki... ? Jawapan itu ada pada anda semua, bukan orang lain..



Actually aku sedikit risau nak melangkau semester depan as makin hari apa yang aku belajar makin mencabar, dan semestinya aku kena prepare semua perkara dalam menghadapi hari tersebut. Intelek, Emosi,  Diri, semua perkaralah~

Tapi dalam masa aku risau dalam menghadapi kesusahan, aku bersyukur sangat kerana memperoleh ibu bapa yang sangat mengambil berat pasal study aku kat sini.. Boleh dikatakan setiap kali ayah aku call, dia pasti akan tnye either aku ada test or not, tnye aku stress tak belajar.. Alhamdulillah :)

Dan pada masa yang sama aku jugak ada kawan2 yang sering berada disisi... aku ni jenis somebody yang cepat sangat emotional, mengalahkan awek~~~hahahahhahahahahha...!
Tapi bila aku go through all the semester...
Tanpa mereka, aku nothing~~
Terima kasih :)


Thursday 14 February 2013

Aku seorang Melancholic ^^

Assalamualaikum WBT..

Hari nie aku bersemangat sedikit nak update blog.. Maybe because of aku punye dah habis ^^. For those yang masi tak tahu, aku sekarang tengah cuti 4 bulan, sememangnya sistem UTP yang sedemikian rupa, dengar cerita UTP buat macam tu sebab dia nak balancekan balik time management for UTP student and another universities kat malaysia nie..well... Universiti Teknologi Petronas kot..hehe... ^^.. So the pictures below nie kawasan tempat kerja aku, and my partner... :)

Ni Postgraduate student punyer workstation..

Kelas MATLAB...hehe

Haziq Mohammed

Madina Abdullah

Berbalik kepada tajuk cerita diatas.. What is Melancholic?

In a nutshell...
Melancholic people are emotionally sensitive, perfectionistic introverts.

Perfectionistic
The defining feature of a melancholic attitude is perfectionism. They are idealists who wish for things to be a certain way, and they get distressed when they are not.

They hold themselves and others to unrealistically high standards, and get distressed when these standards are not met. 
This leads to them being self-deprecating - because they do not meet their own standards - and critical of others - because those others do not meet their standards.

Their generally dour demeanour comes from their inner struggle between an imperfect world and a desire for perfection.

Many melancholics wish to learn and to understand, to know the details of every little thing, because to be ignorant is to stray from perfection. They are not content to just accept things the way that they are. 
They are inquisitive and ask specific questions in order to come to a clearer understanding.

This leads many of them to be overanalytical, neurotic worriers.

They are very stubborn, because they try very hard to stick to their own carefully considered views and standards of perfection, and are not easily shifted from this path. They do not go with the flow.

They are tenacious and cannot let things go, because 'good enough' is not good enough. They strive for perfection.

They are very pessimistic, and assume the worst due to these unrealistic standards.

They think and plan before they act; they are not the types who will resort to rash, impulsive behaviour, and will panic if they are unable to plan in advance.

It's easier for them to reject and hate things than it is for them to love and embrace them. Their interests and tastes are picked carefully, and they give a lot of attention to each one, and hold them close to their hearts, rather than having many fleeting interests that change quickly and often.

They complain a lot, in a 'whinging' kind of way rather than a 'put down' or 'demanding' kind of way.

They tend to argue, because they cannot simply let things be if they seem wrong. They argue using reason, evidence, logic, and explanations, delivered analytically or with pleading. They only argue to set wrongs right, rather than to assert dominance. The argument is about the issue, not about them.

They respond poorly to compliments, often 'rebutting' them by saying that they're not so great after all. 
"Wow, that's a really nice painting you just made!" 
"I don't know, the eyes are probably too big..." (rather than "Thanks!")

They will blame themselves for mistakes, because they are acutely aware of their own imperfection.

They tend to prefer things to be tidy, organised in some way or another. This doesn't necessarily mean 'neat' as such; often they have very idiosyncratic organisation methods.

They are idealists, who imagine perfect fantasies and feel upset when things don't live up to these fantasies.

They prefer to tackle the heart of the matter, which can lead to them avoiding 'beating around the bush'.

Introverted
Melancholics are the most introverted of the temperaments in that they crave time alone, and are most at ease in their own company.

They can enjoy spending time with others, but this drains their energy, and they need alone time in order to recharge.

Much of their introversion comes from their perfectionism. They are picky about the sorts of people that they associate with; people who meet their standards and share their outlook. People that don't will make them uncomfortable; they do not wish to talk to 'anyone and everyone'. 
Their self-deprecation also makes them think that they might not be very interesting anyway, that they aren't really worth spending time with, even if they know in the depths of their minds that they are very interesting indeed.

Once they have someone to talk to in a quiet and relaxed environment, they can talk a lot and will enjoy sharing thoughts and ideas.

They are very wary of making friends. Unlike sanguines, it can take them a very long time for them to consider someone they're familiar with a 'friend', but once they've reached this point, they will likely stick with that person loyally.

They prefer having a few close friends to many acquaintances.

They can be seen as selfish, because they prefer to be alone with their thoughts, to have their own things, rather than sharing time or possessions socially with others. 
They are usually very possessive about the things that they own and are reluctant to let others borrow or use them, because they treat their own things well, care about everything deeply, and will worry that others will not look after them with the same level of care.

They could be described as 'intense', rather than 'easy-going'.

Sensitive
Melancholics are very emotional. They are moved deeply by beauty, and by distress. They are very easily hurt, because of their perfectionistic tendencies. 
Often their moods are like delicate glass sculptures; built up slowly, deliberately, and carefully, but easily broken, and hard to repair once shattered.

They respond to things that they dislike with misery and with tears rather than with rage.

They are very slow to 'snap', but will hold onto emotions for a very long time. They hold grudges, because people who have failed to meet their standards, who have hurt them, will not just suddenly meet those standards without changing drastically.

They can become very 'moody', and they can be difficult to interact with because they are so easily hurt.

They are not aggressive, and wish to flee from things that cause them distress.

If they want to get back at another person, they are more likely to make them feel guilty than to insult them bluntly.

They are 'thin-skinned'.

Role
In our distant ancestors, the melancholic members of a pack may have been the analysts, the information gatherers. They scouted for potential danger, or for food, and reported back to the pack leader. The more accurate their findings were, the better; this led to a trend towards perfectionism, as the 'analysts' closer to perfection survived better than those that made sloppy mistakes.

In current society, they often tend towards analytical roles such as scientists, analysts, programmers, logicians, and so on. In fantasy settings, they may be wizards or sages.

Hahaha....yang ini aku main copy and paste from internet...so new knowledge today? 




AWESOME!!!

So kenapa aku katakan aku seorang melancholic?

Well said, sebab based on what the specification given..semua benda tu aku ada..Tapi bg kalian semua, ianya nampak negatif bukan? Bagi aku itu adalah satu point yang aku rasa ada positif jugak...

Jadi salam Jumaat semua yer...semoga muslimin semua dapat menunaikan solat Jumaat dengan baik..




Tuesday 29 January 2013

Sahabat yang baik

Sahabat untuk selamanya.
Bersama, untuk selamanya.
Kau dan aku sahabat.
Untuk selamanya.
Selama-lamanya.
Setia… [cebisan lirik lagu Padi-Sahabat Selamanya]
Alhamdulillah. Segala puja pujian bagi Allah Yang Maha Esa. Maha Cinta. Yang telah mengurniakan pelbagai hadiah. Kenikmatan. Tidak mengira siapa, warna, usia, taat mahupun derhaka. Segala kenikmatan yang telah diberikan, tandanya Allah SWT kasih, Allah SWT sayang akan kita semua.

Alhamdulillah. Selawat dan salam bagi Rasulullah SAW yang telah bersabar, mengajar, dan mendidik kita dalam memahami erti kehidupan. Yang telah bersabar, dengan sebaik-baik sabar. Yang telah mengajarkan kita apa itu Islam, Iman, dan Ihsan. Juga, yang telah mendidik serta memperkenalkan kita bahawa hidup ini ada penciptanya, pemiliknya, dan tuan empunya. Allah azza wa jalla.



Insan.

Setiap daripada kita, mempunyai teman dan juga sahabat.

Tidak kiralah sahabat kita bagaimana. Samada tua, muda, cantik, kurang cantik, lelaki, perempuan, dan bermacam-macam lagi. Tuhan Maha Bijaksana. Dia tidak memberikan kita satu pilihan sahaja. Satu macam. Tuhan memberikan kita pelbagai. Banyak. Sehinggakan, hidup ini kita katakan warna-warni.

Hidup ini, berliku-liku. Dan dalam ketidaksempurnaan ini, Tuhan memperkenalkan kepada kita tentang pilihan.

Jika terdapat hidangan makanan dihadapan kita, satu hidangan yang baik dan satu hidangan yang kurang baik. Bagaimanakah pilihan kita? Andai kita memilih hidangan yang baik, mengapa? Dan andai kita memilih hidangan yang kurang baik pula, mengapa?

Pilihan itu ada pada diri kita. Kita sendiri menentukannya.

Masing-masing mempunyai alasan, sebab, dan jawapan. Tetapi, pada hari ini… majoriti daripada kita, inginkan yang baik-baik. Malah, ada yang lebih daripada itu. Yang terbaik! Kerana, kita berharap dengan apa yang kita dapat dan pilih itu mampu bantu diri kita dalam menuju kebaikan.

Kerana kita ingin menjadi insan yang baik. Manusia yang cintakan kebaikan, adalah manusia yang di hatinya mempunyai iman!

Dalam proses menjadi seorang insan yang baik, caranya perlulah ambil yang baik-baik serta memberi yang baik-baik. Kebaikan itu perlu di utamakan! Kejahatan pula, usah dibenci. Sebaliknya, kita perbaiki. Manusia kan, kurang sempurna. Tetapi, manusia adalah sebaik-baik ciptaan dari-Nya!



Sahabat Yang Baik
Dewasa kini, sahabat yang baik itu ada. Wujud. Walau tidak sebondong, kuantiti yang sedikit pun sudah memadai. Kekadang, yang banyak belum tentu menjadi dan berkualiti. Tetapi, yang sedikit itu tidak membuatkan hidup ini sunyi sepi. Sabahat yang baik, sedikit sebanyak terperciknya sifat soleh dan solehah.

Meski dia itu, terdapat kekurangan dan keaiban.. tetapi, dalam berjuta kekurangan, pasti adanya kelebihan. Mungkin, sahabat yang baik bagus dalam sesuatu bidang. Tetapi, dari bidang yang lain.. lemah. Ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu diperbesarkan, perlu diungkit-ungkit.

Kerana, setiap orang tahu akan diri masing-masing. Asalkan, jangan kita mempertabiatkan diri dengan mencari kesalahan orang lain. Maka, jauhi. Takut nanti, Tuhan benci.

Nauzubillah!

Bersahabatlah dengan sesiapa pun. Tetapi, jika kita bersahabat dengan sahabat yang baik, soleh dan solehah, sudah pastinya kita tidak akan rugi. Pada sahabat yang baik itu, adanya nasihat yang boleh kita ambil dan manfaat. Pada sahabat yang baik itu, adanya kekuatan yang kadangkala kita terasa diri ini hampir tumbang.

Pada sahabat yang baik itu, adanya kecantikan dan keindahan yang menterjemahkan kasih sayang daripada Tuhan. Pada sahabat yang baik itu, adanya kerinduan kita sebagai insan yang ingin pulang ke kampung halaman. Jannah. Dan pada sahabat yang baik itu, adanya bibit-bibit iman yang membuatkan kita ini teguh dan tidak berputus asa dalam mengharungi kehidupan.

Tetapi…

Sahabat yang baik, tidak semestinya yang seusia dengan kita. Tidak semestinya berjiran dengan kita. Tidak semestinya satu tempat kerja, belajar, dan organisasi dengan kita. Tidak semestinya yang ada di alam maya. Tidak semestinya yang lepak di gerai mamak bersama-sama. Tidak semestinya yang bersolat berjemaah sama-sama. Semua itu tidak semestinya. Kerana, sahabat yang baik adalah sahabat yang rapat dan dekat dengan kita.

Mereka yang rapat dan dekat itu adalah ibu dan ayah kita!

“Ya Allah, Tuhan yang telah mengurniakan kami ibu dan ayah. Yang telah mengurniakan kami kasih dan sayang-Mu kepada ibu dan ayah. Sesungguhnya, kami ini tidak pandai berdoa sepertimana ibu dan ayah. Kami ini, tidak setabah ibu dan ayah tatkala ujian menghujani diri. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan dan keredhaan-Mu kepada ibu dan ayah. Satukanlah kami di akhirat nanti sebagaimana engkau satukan kami pada hari ini. Sesungguhnya, engkau adalah sebaik-baik raja. Maha Raja.”