Saturday 27 July 2013

Jika aku.. ^^

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pemadam yang sentiasa berada di sisi..
Kau memadam segala kesilapan aku..
Aku menulis erti yang salah mengenai sesuatu...
Kau sahaja yang berada disitu..
Membetulkan kesilapan aku..
Dan mengajar perkara yang benar..
Kau tak pernah lelah membetulkan aku..
Walaupun aku sering kali lakukan kesilapan..
Menulis tanpa hala tuju..
Kau jadi pemadam yang memadamkan segala perkataan yang buruk..

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pengorek yang sentiasa mengasah aku untuk sentiasa tajam..
Kau sentiasa memberi aku semangat tatkala ianya tumpul kerana ditulis tanpa henti..
Saat aku tumpul..
Hanya engkau sahaja disitu..
Rela mengasah aku..
Kau tahu aku akan sakit dek asahan kau..
Tapi kau sanggup lakukan demi memastikan aku mampu menulis kembali..
Untuk aku lancar menulis..
Untuk aku terus berbakti..

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pembaris yang sentiasa menjadi arah agar aku lurus memberi pena..
Kau rela terbaring disitu, hanya untuk memastikan aku mampu berjalan dengan lurus..
Walaupun kadang-kadang aku terlalu alpa,
Sehingga diri kau terluka kerana ketajaman aku..
Namun, kau masih disitu...
Sehingga kini, masih lagi melayan karenah aku..
Memperbetulkan garisan aku agar terus lurus..
Kau seakan pembaris yang memberiku satu jalan yang satu..

Namun aku sedar, diriku semakin lama semakin pendek..
Diriku yang pada awalnya panjang..
Semakin pendek...banyak perubahan berlaku...
Kau juga begitu..
Jika kau pemadam..
Kau semakin nipis, hampir lenyap di mata kasar..
Kalau dulunya kau membersih dengan baik, tanpa kesan..
Kini kesan pemadammu, hanya samar-samar..
Jika kau pengasah..
Kau semakin tumpul...tak mampu lagi untuk mengasah diri aku..
Sebab kesannya akan ketara pada aku..
Jika kau pembaris..
Kau makin rapuh, dan akan patah pada bila-bila masa sahaja..
Tak mampu memimpinku lurus ke jalan yang satu..

Tapi aku sebagai pensil...
Sangat menyayangimu...
Sebab kaulah pemadam yang terbaik..
Kaulah pengasah yang paling tajam..
dan..
Kaulah pembaris yang paling kental..

Jika satu hari nanti, aku peroleh pemadam yang baru, yang lagi jitu..
Jika satu hari nanti, aku diberi pengasah berwarna merah yang kilat menyala..
Jika satu hari nanti, aku disisi pembaris besi yang lurus dan hebat...
dan jika mereka bertanya..

"Adakah kami yang terbaik?"

Aku akan menjawab..

"Anda mungkin yang terbaik, tapi ada lagi yang lagi hebat,malah berharga dalam diri aku..si Dia yang sanggup berkorban untuk aku, agar terus laju menulis di atas kertas putih"

Jika aku adalah pensil..kaulah sahabat sejati aku :)



Thursday 25 July 2013

Sekali lagi....

Kau datang, dan kau pergi...
Pergi membawa diri jauh..
Semakin jauh dari pandangan..
Membiarkan aku keseorangan..
Sepi.

Aku sendiri...
Di sini....aku sendiri..
Masih lagi menunggu hadirmu kembali...
Kau pergi tanpa berita..
Hilang tanpa senyuman terakhir..
Apa salahku? 
Apa salahmu?

Sekali lagi aku sendiri..
Sekali lagi keseorangan..
Sekali lagi aku menangis hiba.

Air mata menjadi teman setia.
Menjadi sahabat akrab aku.
Sentiasa membasahi pipi..
Tanpa henti..
Deras menitik jatuh kebumi..

Kini....
Aku lihat kau bersama mereka..
Penuh gelak ketawa..
Penuh riang..

Andai itu yang terbaik.
Aku yakin itu adalah salah aku.
Aku ambil langkah...
Langkahku sayu meninggalkanmu..
Tak mampu aku menoleh..
Berat..

Sekali lagi...
Aku sepi.. 

RECONSA 2013

Assalamualaikum and Hi,
On behalf of Universiti Teknologi PETRONAS
(UTP), Malaysia, we would like to invite you to our Regional Conference on
Student Activism (RECONSA) 2013. We welcome your participations for our
conference. For further details, please refer to our mailing poster and our
website. The link was provided below :

RECONSA (UTP) 2013

Kindly request your cooperation to forward it your Student Representative
Council.''

Sincerely;
(Muhamad Nizam Bin Mustapha
Ceremony & Protocol Department)
Universiti Teknologi PETRONAS, Malaysia.



Friday 19 July 2013

Kalau Kau Rasa..

Kalau kau rasa kau tak berwang..
Hidup dalam kemiskinan...
Renung...
Ada yang langsung tak punyai kaki kerana kemalangan..
Lumpuh seluruh badan kerana penyakit..
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa kau bodoh...
Lihat pada mereka yang tak mampu kesekolah kerana kemiskinan..
Hanya sayu melihat teman sebayanya pulang dengan pakaian seragam putih, seluar biru..
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa kau penat berjalan kaki..
Tiada kenderaan untuk dijadikan kemudahan diri ketempat dihajati..
Tenung mereka yang hanya mampu bergerak..
Hanya menggunakan kerusi roda..
Yang hanya berjalan dibantu tongkat..
Kini...
Saya tanya lagi...
Bersyukurkah kita?

Kalau kau rasa...
Diri kau tidak sempurna...
Merasakan kau satu beban...
Lihat kanak-kanak yg lahirnya dimuka bumi..
Terus dalam keadaan cacat..
Tak mampu menjalani kehidupan seakan budak normal yang lain..
Apa perasaan mereka?

Kalau kau rasa...
Kau bukan teman sejati..
Kau dikhianati..
Kau diabaikan..
Lihat temanmu yg lain..
Yang ketiadaan ayah, mahupun ibu..
Sebelum mereka mampu menyahut panggilan "Ayah!!..Ibu!!.."

Kalau kau rasa...
Sunyi...
Keseorangan...
Lihat...
Renung..
Muhasabah..
Carilah Tuhanmu..

Kalau kau rasa..... :)

by Nizam Mustapha :)

Tuesday 16 July 2013

Smile and Tears :)

When we suppose to smile..
What happens to the tears?

And when we cried..
What happen to the smile??

Life is unfair..
Life not perfect..
Life not complete..

But life gives us value of a smile..
Same goes with tears..

Great love means something :)


Sunday 14 July 2013

Sebenarnya Saya Rindu Dia

Sebenarnya saya rindu dia...
Ya...
Benar...
Tiada yang salah dengan statement tu..
Saya rindu dia...
Dia yang aku senyum tatkala hati penuh dengan kesedihan...
Dia yang aku sayang tatkala aku diulit perasaan benci..
Dia yang bernama P.O.Y.O.
Sebenarnya saya kawan dia... :)

Teman

Sememangnya aku perlukan teman yang baik untuk membantu aku agar sama-sama menuju ke destinasi Syurga Allah..
Teman yang baik, teman yang penyayang, teman yang segala-galanya..
Aku jumpa ramai orang...
Dari umur 7 tahun, hinggalah mencecah 20..
Tapi tiada lagi istilah teman yang aku jumpa...
Aku senyum sorg2 disebalik kesibukan manusia mengejar matlamat hidup..
Dimanakah aku mencari teman yang sedemikian rupa?
Dimana? 

Pertanyaan keluar dari benak fikiran aku setiap masa, tanpa henti..
Banyak sungguh pertanyaan aku...
Sampai ada yang lelah untuk menjawab, malah ada yang lari..senyap bersembunyi...
Salah aku...aku faham...aku salah...
Maaf....tapi aku mencari teman yang baik 

Wednesday 10 July 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah...
Syukur...
Thank you Allah..
This is the greatest gift I ever had..
Alhamdulillah..

Saturday 6 July 2013

Foundation :D

Ingat tak masa foundation?
Kita pergi mamak 3 pagi..
Lapar..
Aku makan nasi goreng kampung..
Kau makan Roti Nan Cheese..
Kita kongsi..

Tapi sebab lapar sangat...
Kau bagi aku makan sedikit je..
Hahaha

"Aku lapar la~~~"
Itu masa kita foundation :)