Saturday 27 July 2013

Jika aku.. ^^

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pemadam yang sentiasa berada di sisi..
Kau memadam segala kesilapan aku..
Aku menulis erti yang salah mengenai sesuatu...
Kau sahaja yang berada disitu..
Membetulkan kesilapan aku..
Dan mengajar perkara yang benar..
Kau tak pernah lelah membetulkan aku..
Walaupun aku sering kali lakukan kesilapan..
Menulis tanpa hala tuju..
Kau jadi pemadam yang memadamkan segala perkataan yang buruk..

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pengorek yang sentiasa mengasah aku untuk sentiasa tajam..
Kau sentiasa memberi aku semangat tatkala ianya tumpul kerana ditulis tanpa henti..
Saat aku tumpul..
Hanya engkau sahaja disitu..
Rela mengasah aku..
Kau tahu aku akan sakit dek asahan kau..
Tapi kau sanggup lakukan demi memastikan aku mampu menulis kembali..
Untuk aku lancar menulis..
Untuk aku terus berbakti..

Jika aku adalah pensil...
Kaulah pembaris yang sentiasa menjadi arah agar aku lurus memberi pena..
Kau rela terbaring disitu, hanya untuk memastikan aku mampu berjalan dengan lurus..
Walaupun kadang-kadang aku terlalu alpa,
Sehingga diri kau terluka kerana ketajaman aku..
Namun, kau masih disitu...
Sehingga kini, masih lagi melayan karenah aku..
Memperbetulkan garisan aku agar terus lurus..
Kau seakan pembaris yang memberiku satu jalan yang satu..

Namun aku sedar, diriku semakin lama semakin pendek..
Diriku yang pada awalnya panjang..
Semakin pendek...banyak perubahan berlaku...
Kau juga begitu..
Jika kau pemadam..
Kau semakin nipis, hampir lenyap di mata kasar..
Kalau dulunya kau membersih dengan baik, tanpa kesan..
Kini kesan pemadammu, hanya samar-samar..
Jika kau pengasah..
Kau semakin tumpul...tak mampu lagi untuk mengasah diri aku..
Sebab kesannya akan ketara pada aku..
Jika kau pembaris..
Kau makin rapuh, dan akan patah pada bila-bila masa sahaja..
Tak mampu memimpinku lurus ke jalan yang satu..

Tapi aku sebagai pensil...
Sangat menyayangimu...
Sebab kaulah pemadam yang terbaik..
Kaulah pengasah yang paling tajam..
dan..
Kaulah pembaris yang paling kental..

Jika satu hari nanti, aku peroleh pemadam yang baru, yang lagi jitu..
Jika satu hari nanti, aku diberi pengasah berwarna merah yang kilat menyala..
Jika satu hari nanti, aku disisi pembaris besi yang lurus dan hebat...
dan jika mereka bertanya..

"Adakah kami yang terbaik?"

Aku akan menjawab..

"Anda mungkin yang terbaik, tapi ada lagi yang lagi hebat,malah berharga dalam diri aku..si Dia yang sanggup berkorban untuk aku, agar terus laju menulis di atas kertas putih"

Jika aku adalah pensil..kaulah sahabat sejati aku :)



No comments:

Post a Comment