Tuesday 25 December 2012

Electric Circuit ^^


LITAR ELEKTRIK

Dalam sebuah litar elektrik yang mudah, komponen yang membairisinya terdiri daripada bateri, konduktor (terbiasa dipanggil sebagai "wayar") serta LED (ataupun mentol). Bateri bertindak sebagai punca atau sumber kuasa elektrik. Konduktor sebagai pengalir. Sebahagian orang akan meletakkan Voltmeter and Ammeter untuk memastikan terdapatnya kuasa elektrik di dalam litar tersebut, tetapi adalah lebih baik diletakkan mentol atau LED, kerana selain mengesahkan betapa litar tersebut memang benar-benar terdapat tenaga elektrik yang melaluinya, tenaga elektrik itu tidak terbazir begitu sahaja, malahan dapat digunakan untuk menerangi cahaya kepada persekitaran, sesuai dengan "Prinsip Keabadian Tenaga" (masih ingat?) yang menjadi pegangan.

Jika mahu lebih lengkap lagi, suis juga disertakan di dalam litar tersebut, untuk membolehkan "ON" dan "OFF" litar dilakukan dengan lebih mudah dan selamat. Begitu juga dengan kehadiran perintang. Inilah komponen-komponen asas, yang bergabung tenaga bagi membina kewujudan litar elektrik yang paling asas untuk kegunaan manusia dan kehidupan.


Generasi kita pada hari ini, sangat bergantung kepada tenaga elektrik. Sama ada ketika berada di rumah atau pejabat mahupun di jalanan. Baik ketika menggunakan kenderaan mahupun di hospital melalui alat-alat bantuan kehidupan, tenaga elektrik tidak boleh dipisahkan oleh generasi kita pada hari ini.

Maka ketergantungan manusia kepada tenaga elektrik, menggambarkan peri-pentingnya litar dalam menjayakan kehidupan sehari-harian. Litar yang baik dan betul, akan membantumu memasang lampu, kipas atau menggunakan plag, dalam apa jua bangunan, baik rumah, pejabat, hospital dan lain-lain jenis bangunan. Litar yang benar bukan sahaja memastikan kenderaanmu dapat memasang lampu di waktu malam, menggerakkan wiper di hari hujan, dan menghidupkan aircond di tengah kepanasan, tetapi juga memastikan kenderaan itu sendiri dapat dihidupkan, kerana kenderaan memerlukan tenaga elektrik daripada sang bateri untuk enjin memulakan peranan, suatu yang tidak akan terhasil andainya litarnya terputus atau komponen-komponen asasnya mempunyai masalah yang di luar daripada kebiasaan.


Akibat sambungan litar yang tidak bagus, membawa malapetaka, malah mengundang kepada kebakaran

Ertinya, kepelbagaian jenis komponen yang mem"bintangi" litar ini, yang mana kesemuanya memainkan peranan mereka yang tertentu masing-masing, namun tetap terjamin sambungan di antara kesemuanya, menjadi prasyarat untuk tersebarnya tenaga elektrik, lantas menjadi suatu nikmat buat kehidupan, namun sering kali manusia melalaikan ia hingga ianya menjadi sebuah nikmat yang terlupakan. Namun, tatkala terjadinya black-out atau putus bekalan, barulah manusiawi sedar betapa di dalam kehidupan ini, terlampau banyak nikmat pemberian Tuhan, yang sering kita lalaikan, yang sering kita alpakan, yang sering kita luput dan terlupakan.

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
"…Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."
(Surah Ibrahim [14]:34)

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah An-Nahl [16]:18)

Saudaraku,

Kehidupan ini umpama sebuah litar: masing-masing komponen, dengan kelainan dan kepelbagaiannya, biar pun memainkan peranan yang berbeza-beza, tetapi saling melengkapkan di antara satu dengan lainnya. Kelainan dan kepelbagaian inilah, yang memberikan "warna" ke atas kanvas kehidupan. Atau, yang memberikan "rasa" kepada masakan perjuangan. Kerana itu, baginda Nabi SAW tidak pernah berusaha untuk menafikan kepelbagaian di antara para sahabatnya yang mulia, tetapi justeru melestarikan di antara kepelbagaian dan perbezaan yang masing-masing dimiliki oleh mereka. Atau, di dalam bahasa litarnya, memastikan "sambungan" di antara mereka berada di dalam keadaan yang baik, agar tidak berlaku "litar pintas" yang boleh membawa kepada bukan sahaja kerosakan, malah kebakaran, hatta kematian.

Islam, tidak pernah menafikan perbezaan dan kepelbagaian ini. Cumanya Islam mengajarkan adab-adab dalam bagaimana hendak menyikapi perbezaan dan kepelbagaian ini (disebut sebagai adabul ikhtilaf), bukannya berusaha memastikan manusia ini semuanya sama. Kerana persamaan itu mustahil. Seia-sekata itu mungkin, tetapi tone suara dan pitching tetap berbeza-beza. Maka, kalau ini dapat difahami, kita akan sedar betapa perbezaan itu kenescayaan, cuma permusuhan dan pergaduhan itulah yang hendak kita elakkan. Selagi masing-masing berpegang dan berpaksi kepada rahmat kurniaan Tuhan, barulah insan dapat sentosa dalam kepelbagaian.

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ
إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
"Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat.
Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya."
(Surah Hud [11]:118-119)

Jika para sahabat yang mulia sahaja berbeza pandangan. Kalau imam-imam mazhab yang hebat berbeza pandangan. Andai Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pun punya kelainan pandangan dengan pengasas "madrasah pendidikannya" iaitu Hasan Al-Banna. Maka tentu kita pun akan ada perbezaan pandangan sesama kita.

Maka generasi kita pada hari ini, sepatut dan seharusnya tidak lagi berusaha menyatukan pandangan sesama kita, sebaliknya bertindak menguruskan kepelbagaian sesama kita. Generasi hari ini tidak lagi berusaha mewujudkan "ketaatan membabi buta"  di antara anak buah dan pimpinan, seperti yang ditunjukkan oleh sebahagian gerakan tarikat dan kesufian, sebaliknya membuka ruang toleransi dan menyatakan pandangan, namun dengan adab-adab dan suasana ukhuwah dan penuh kecintaan.

Bukankah sebelum terjadinya Bai'atul Ridhwan, sahabat yang diutus oleh baginda Nabi SAW asalnya adalah Umar Al-Khattab, namun Umar membantah dan meyarankan agar diutusnya Usman Al-Affan, lantaran dari segi strategi dan keselematan lebih bertepatan. Namun, apakah ketidak setujuan Umar itu menjadi modal untuk menyatakan beliau tiadanya ketaatan, seperti yang dituduhkan oleh golongan Syiah, malah ternyata baginda Nabi bersedia menerima cadangan dan saranan...


Saudaraku,

Litar kehidupan, yang ditonjolkan oleh generasi salafus soleh, persis litar elektrik yang kita bincangkan. Masing-masing "komponen" bebas berkarya memainkan peranan, namun "sambungan" sesamanya memboleh terbebasnya tenaga yang bermanfaat untuk kehidupan. Kerana sememangnya Tuhan Sang Pencipta Kehidupan, mendesign kita dengan kepelbagaian potensi dan kebolehan. Firman Allah;

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا
"Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya."
(Surah Al-Isra' [17]:84)


Seperti catur, setiap kita berperanan, biarpun dipenuhi dengan kepelbagaian

Maka ingatlah wahai saudaraku, "litar perjuangan" hari ini bukan lagi berkenaan menyamakan pandangan, sebaliknya menguruskan perbezaan. Maka silalah sang bateri dengan tugas menjanakan tenaganya. Silalah sang wayar dengan peranan mengalirkan arus elektriknya. Silalah sang LED dengan tanggung jawab menyinari persekitaran dengan cahayanya. Silakan sang suis untuk memudahkan pensuisannya. Dan silalah segala rintang-rintangan, menyelamatkan litar daripada rasa besar diri, sombong dan angkuh arus lebihan, biarpun manusia sering tidak menyedari betapa pada rintangan-rintangan itu, terkadang terkandung segala macam kebaikan.


Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Jurutera Profesional  dan Jurutera Elektrik Kompeten
Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Sijil Pengajian Syariah


Monday 17 December 2012

4 Org Yang aku SYG kat UTP nie :') ( Part 1)

Assalamualaikum....

(¯`·.·´¯) (¯`·.·´¯)
*`·.¸(¯`·. ·´¯)¸.·´
¤ º° ¤`·.¸.·´¤ °º

Pertama sekali....aku dah lama dah tak update blog aku nie...haha....Well...tengah nak akhir2 sem nie, assignment + Test + Project... aduiihhh.... tapi... ----->


Alhamdulillah, I go through all the thing with Smile on my face :)

Btw, cube kome semua baca tajuk kat atas...hehe...

"4 orang yang aku sayang???"

sapa?????heheheehhe...ni yang aku nak gitau nie...ok~~

1. Alya Shobri.. 


First of all, Alya Shobri nie for sure jantinanya perempuan.... "HAHAHA"..ok..tak lawak pun disitu...hehe...Alya nie bagi aku awesome...dia nie memang orang pertama yang tak kenal erti gagal la...selagi ada kepercayaan dia boleh...dia akan pastikan dia dapat apa yang dia nak tu...aiissshhh...haha...bagus anak bapak... :P. Alya nie merupakan student for Chemical Engineering course. Dia memang pandai... *pernah dapat 4 flat kot.....haha... ~(-_-)~
Dye suka minum teh ais....kalau g makan dgn dia nie...kalau tanya " Alya, nak minum apa? "...memang aku kena baling dengan kasut la agaknya..haha....btw..kenapa aku sayang dia? Sebab dia bnyk tolong aku dlm segala benda, Study, friendship and so on... Dia jugak gila ckit otak dye...kalau dye kata nak g Lombok..dye g Lombok...tp xkan alya nak g Lombok kan..haha... *kidding*



2. Syahmi Baderus


Mamat nie aku sayang jugak kat UTP nie... *walaupun annoying*, hehe....tapi se'annoying dye, ada jugak ke"awesome"an disitu... Syahmi nama panggilan dye...Cahmi pun boleh...Sammy pun boleh...haha...Ni gmbr latest dye, agak gemuk berbanding dulu...hahaha....Syahmi nie kawan aku kat UTP nie jugak...dye amik Petroleum Engineering course....same batch with me....dye "PETRONAS" scolar kot...jgn main2....Abe Pet nie..haha...Dye nie sekarang lain ckit la..Lain dr dulu..tp aku xkisah...selagi ada persahabatan disitu...aku ok je dgn siapa diri dye sekarang..haha...dye nie suka nasihat aku..kalau ada pape ke pasal masalah...mamat nie memang bagi nasihat la..sbb tu aku suka kawan dgn mamat Ganu nie...hah..dia org TERENGGANU...ehhe.. 


Hahaha....Syahmi nie baik orangnya...dia sgt2 baik...ok -.- 
Kenapa aku sayang dia...? *Aku selalu gaduh dgn mamat nie*
Aku sayang dia bukan sebab aku GAY...ello..aku straight lagi...Astagfirullah... :D
Aku syg dia sbb dia nie baik + bila nampak dia teringat aku pada Allah...

3. Nazirul Mubin


Hah..ni mamat ganu jugak nie....na na na na ganu kitew~~~


*Duckface*

Hehe...nazirul mubin nie batch aku jugak...dye nie..erm..poyo ckit la....haha...dah la kalau nak kuar jalan makan ke...nak menunggu siap tu mcm nak g wedding....berjam-jam...sampai kami semua gelar dye Cinderella + Sleeping Beauty...haha....kenapa Cinderella?? Sebb setiap kali nak makan tu..memang lambat gler...pilih gaun mana nak pakai kot..haha.... :P Sleeping Beauty??? Dye kalau dah tido...kena ada bom pun xbangun agaknya...haha..memang susah nak bangun mamat nie...haha...Aku suka kawan dgn dia nie sbb dye selalu bagi dorongan..walaupun aku menghadapi masalah yang sama...Dye jugak selalu tolong financial aku..ahhhh...so SWEET... :P
Tp Naz kalau dah marah...takut~~~ sebab dye nie kalau tak puas hati..ckp depan2..kena tahan ckit telinga la...tp aku suka..sbb benda tu kadang2 aku jadikan kata semangat... :) Naz nie amik Mechanical Engineering kat UTP nie...awesome kan???? Nanti le tolong aku kalau kereta aku rosak... #eh..

4. Haziq Mohammed


Haziq nie paling busy dalam UTP nie..haha...event 24 jam...haha...dye memang master dalam event2 nie... TABIK SPRINGGGG~~~....haha..
Haziq nie amik Civil Engineering...same batch....kalau ada pape masalah pasal event...jumpa Abe Haziq nie..dye tahu semuanya....hehe
Haziq nie bg aku dye kuat la...yela..kalau aku jd dye..dah lama longlai dah...dgn event...stdy lagi...pergh...awesome la haziq...haha...Haziq nie suka dgr masalah aku..walaupun dye selalu buat muka...haha...poyo...haha...dye nie kelakar gak...kadang2 buat lawak mcm apa...erm...pape la haziq oit..haha...Aku mesti nak jumpa dye bila aku rasa aku rindu dia...kalau ada satu hari tu aku rindu dye...aku memang kacau dye la..eventhougj aku tahu dye ada event bagai..haha...sbb dye nie pandai control emosi..itu yg aku cuba nak belajar dr dye... *Aku kuat tacink* >.<

There is a question :
















Monday 26 November 2012

My Sis Wedding : Kak Ima n Abg Zaki <3 (Part 1)

Assalamualaikum....hehe...

Seminggu yang lepas...aku baru je balik dari Kedah, wedding kakak aku yang 1st..kak Ima...dengan pilihan hatinya...abg Zaki..

Kak Ima n Abg Zaki

Abg Zaki

Kak Ima...montel :P

Abg Zaki bajet sokmo...haha

Gmbr kat atas nie gambar before wedding...ni masa zaman pertunangan dorg lah~~

And gmbr bawah nie pulak plan wedding dorg~~

Ni wedding card uma Abg Zaki..kat Jitra, Kedah :)

Ni pulak wedding kat belah perempuan...uma aku la..Muar, Johor :)

During the wedding :


















Semoga hubungan mereka berkekalan hingga akhir hayat...
Aku tak sabar nak timang anak buah~~

Nasihat ijam untuk kalian berdua :

"Ingatlah kembali detik-detik lafaz sakinah sang suami disaat menerima nikah sang isteri. Pasti ia mampu buat anda tersenyum. Jangan terlalu menilai silap pasangan ada, tapi lihatlah kebaikannya, anda pasti temui jalan kebahagiaan. Banyakkan berbincang dengan pasangan andai tiada kesefahaman wujud dalam kehidupan kalian berdua. Belajar untuk menyelesaikan, bukan lari dari menghadapinya..wallahualam.."