Tuesday 30 October 2012

Bagaimanakah Melupakan Si Dia?



“Dia cinta matiku..” begitulah yang selalu bermain didalam fikiran.

Cuba hilangkan wajahnya daripada benak kita. Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah muncul dalam hidup kita. Anggaplah dia tidak pernah hadir, mestipun dia sering hadir dalam hidup kita. Hati kita adalah kaca, yang sekali tergores maka akan susah hilangnya. Hati kita juga adalah batu, yang sekali terukir namanya akan susah menghilangkannya.

Tetapi tidak ada kata mustahil. 

"Susah hanyalah kata yang akan membuat kita mundur ke belakang."

Susah bukan bererti tidak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga, dan lebih banyak kekuatan untuk menghapusnya. Biarlah air mata berlinang, biarlah juga semua lelah tergenggam, namun ia akan hilang dari benak kita.

Tidak perlu lagi kenangan masa belajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah dahulu. Hapus dan buang jauh – jauh dari hati. Kembali pada Allah dengan wajah yang bersinar – bersinar. Kembali kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.

Boleh? Apa yang tidak boleh?

Semuanya boleh apabila kita serius berusaha. Mungkin akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti. Sebab melupakan orang yang pernah disayangi bukan mudah. Tetapi manusia diciptakan Allah untuk tidak mudah untuk menyerah kalah. Kepalkan tangan, kita pasti boleh!

Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan untuk menghapus bayang – bayang si dia. Panjatlah doa, agar ia terhapus dari hati dan dari fikiran kita. Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa. Penuhi hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada manusia yang bernama si dia boleh segera terhapus.

Masalah ini adalah manis!

Mungkin pada minggu pertama masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa. Kencang dan lambat hilang. Tetapi semua ada masanya. Memang harus seperti ini. Normal.

Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi =)


Sunday 28 October 2012

To all of you :)

Assalamualaikum WBT

Pertama sekali, yes, aku, Muhamad Nizam Bin Mustapha, would like to say sorry to you all, sememangnya apa yang diperkatakan oleh dia memang benar...I know, aku bukanlah seorang yang terbaik untuk kamu semua..yes...what are you saying about me is true...100 % true..sememangnya aku hanya ada pada you all time aku susah, time aku susah..time aku kesunyian..yes..I know that...

Aku nampak yang mereka semua hanya pergunakan aku..aku nampak mereka semua selalu menyakiti hati aku...aku nampak semua itu..sememangnya aku sangat bodoh sebab masih mempercayai mereka...aku tak faham pada diri aku sendiri..

Betul kata Naz, kenapa aku masih lagi hang out, berkawan dengan Syahmi, semuanya..sedangkan the ending of my story between me and them just SAD, CRY, and STRESS.. I know that dude...

But for your information, I never thought that I gonna find you when I was in trouble..I never tried to do that.. I love all my friends..but I don't know why people like Syahmi, Din, Harris never appreciate me like you all try to do...Aku cuma nampak yang sekarang nie kamu semua have your own group in everything, and because of that I'm tried to find myself. I'm alone..

But its okay :)

Because right now, I just want to be alone...I don't want to be with Syahmi, with you all, just give me time for me to release all this shit thing...and if one day you all forget me, aku okay je :) sbb I deserve for that thing...

To Alya, Naz, Khawa
Aku tahu korg selalu tolong aku tatkala aku dalam kesusahan, terutama Alya and Naz, my finance supporter..I know all that thing..tapi aku masih dalam diri aq untuk mencari myself..apa yang aku nak...apa yang aku perlu sepanjang dalam UTP nie..weyh, kadang2 aku duduk sorg2 kenapa aku jauh dengan korg..kenapa aku rasa aku ditinggalkan korg...aku ada berasa macam tu jugak...sebab tu aku rasa aku mencari mereka, mereka yang aku rasa pergunakan perasaan aku, minda aku, angan aku..

To Syahmi..
Aku nak kau juga tahu yang banyak perkara dah aku korbankan untuk kau, banyak sgt...tp apa yang kau beritahu aku ?? "Whatever you done, you always make a mistake", so aku nak tnye di sini...did you think that what you done to me give something good effect???its NO!! I feel the same too!!! Tengok...aku dah hilang semua.... aku tak marah kau...sbb aku tahu, kau memang benci aku..tapi aku jer yang selalu berpura-pura yang aq ni bestie ko forever..sedangkan di mata kau, aku musuh semata-mata

Aku tak berpihak mana2..yang sekarang nie aku tahu..aku nak berseorangan :)

#maaf menyebut nama :)

Saturday 27 October 2012

Begin Again


Assalamualaikum :)

Begin Again 

Ok..before ni aku ada update pasal lirik lagu taylor swift nie..and now..I update the video..

Erm...aku suka lagu Taylor Swift nie..
sbb bukan senang nak mencipta sebuah lagu yg hebat2 nie..
haha ^^

Kau Selamanya

||Kau Selamanya|| - Heliza Hilmi

*I love this song so much...mengingatkan aku pada seseorang :)

Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu

Walau apa pun terjadi
Aku setia menyanyangi
Diri kamu kan berada di hatiku

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Ilahi

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu



#Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku#



Thursday 25 October 2012

Salam AidilAdha

Assalamualaikum...

Hari nie, Jumaat, bertarikh 26/10/2012 bersamaan 10 ZulHijjah 1433 Hijrah..merupakan hari yang paling penting dalam kehidupan orang Islam, iaitu Hari Raya AidilAdha, atau perkataan melayu dia..hehe...Hari Raya Qurban.. :D

Ni nak cerita ckit ringkasan, what is Raya AidilAdha~ :) ( nak cerita ckit je, sbb korg semua mesti dah tau cerita dia)


Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Eh...ingatkan nak cerita ckit jer...tp mcm banyak je tu...haha...its okay, ilmu dapat dikongsi kan? :)


Okay...Hari Raya nie, aku as UTP students...jap...korg tau tak UTP stand for what? Sebab ada sekali tu, seorang pakcik nie, hurm..dari segi pakaian mcm segak semacam, nmpk mcm org berilmu la...bercerita dekat aq pasal engineering life, cerita2~~ ttbe dia tnye mcm nie kat aku.. "Eh, lupa pakcik, ijam belajar kat mana ek?" Aku pun selamba jela menjawab... "Saya belajar kat UTP", muka mcm bajet SOKMO la bila org tanya belajar kat mana..haha..yela..UTP, one of the hardest and cool university in Malaysia :P .
Pakcik tu tgok lain mcm je kat aku...muka dia mcm memikirkan something..hurm, aq gelabah jela.. (mana tau dia kata UTP loser ke)... dia pun buka bicara.. "erm, UTP apa ek??"... -__-"

So, UTP stand for Universiti Teknologi PETRONAS.. Berdiri megah di Tronoh, Perak...more on engineering and techy life.. Nak tau website UTP, nak amik ~ www.utp.edu.my 

Yang ini blok department

Yang ini kemegahan UTP, Chancellor Hall :)

So, kalau nak tau what is UTP, masuk la UTP yek :P

Eh, melalut jauh aku..soe yek pak :P...ok..come back to the real story, erm...aq org JOHOR...JOHOR dgn PERAK jauh!! :(

So, salah aku jugak, lambat beli tiket balik...padan muka ijam...aq terpaksa beraya di sini, nasib baik ada jugak dak malay yg tak balik..so aq lepak dgn dorg jela.. (walaupun xrapat sgt) haha...

What?? (gaya lagu Taylor Swift - we are never ever getting back together = D )

Hurm...pagi2 nie memang sejuk..yela..hujan rahmat dipagi raya nie kot, sejuk kot..korg apa tau :P..haha...tp alhamdulillah, sesejuk aku, se'alone' aq..aku sempat ucap Selamat Hari Raya kat my family.. :D..hehe..
Nak tgok apa aku text dorg?? haha...


Haha, ni apa yang aku text kat akak iyah la.. :P (bajet duk luar negara je, Perak je pung~~)

So beruntung la kepada sapa2 yg balik bertemu keluarga dalam menyambut hari yg mulia nie, while me..terdampar di alam kesunyian bersama mat foreigner di sini...erm..xpela, foreigner pun, manusia jugak..kan? Bukan nyer dorg nak sembelih aku nanti wat qurban, oppssss... astagfirullah :)

Then, aku ada jugak hantar mesej kat kawan aku, hantar mesej jela eh..malas nak habis kredit nak call kome semua...hahaha

Yang ni aku text kat kawan aku, ayat skema,haha..seperti budak baik.. #eh


Yang nie fazlie reply kat aku, Thanx tau fazlie :)

Erm...nak cakap apa lagi ek...huhu...aku sebenarnya dah rindu gler nak dengar org berkhutbah nie... :(
Baru rasa mcm dok over the sea kan..haha...

Seyes tak sabar nak p masjid... :)

Oklah, aku nak siap2 kan diri aku...dah pukul berapa ni...so selamat hari raya AidilAdha korg.. :)

Thanx membaca ^^V









Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.


Sahabat Sejati Dunia & Akhirat


Sahabat sejati. 
Ramai mencari sahabat sejati. Bertanyakan akan ciri-cirinya. Berhajat untuk mempunyainya.

Jika dilemparkan pertanyaan kepada saya: “Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?”

Saya akan menjawab dengan mudah: “Dia adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.”

Yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. Yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. Yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan.

Namun, mencari sahabat sejati, tidak ramai yang menjumpainya.

Mengapa?



Kerana pertamanya, kita sendiri tidak berusaha menjadi sahabat sejati kepada yang lainnya.

Kita Tidak Pernah Berkorban Dengan Ikhlas.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.

Hadith ini memberikan makna yang sangat tinggi kepada erti persahabatan, apabila keimanan menjadi taruhan. Tidak beriman, yakni tidak sempurna keimanan seseorang, sekiranya dia sendiri tidak mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya. Begitulah Islam membina masyarakat yang kuat ukhuwwahnya. Mengajak agar kita mementingkan sahabat kita, dan tidak menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.

Namun siapakah yang menyantuni hadith ini?

Rata-rata mengharapkan sahabatnya ikhlas berkorban buatnya. Tetapi siapakah yang bergerak bersungguh-sungguh berkorban buat sahabatnya?

Dan pernahkah kita bertanya, mengapa keimanan dipertaruhkan di dalam hadith ini? Apa kena mengena iman dengan ukhuwwah?

Kerana orang yang benar ukhuwwahnya, adalah yang mempercayai janji Allah SWT dan RasulNya dalam medan ukhuwwah ini.

Ingatlah firman Allah SWT:

“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”  Surah Az-Zukhruf ayat 67.

dan sabda Rasulullah SAW:

“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya: ….. Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya.” Hadith Riwayat Bukhari.

Ya. Tanpa keimanan, mustahil kita akan mempercayai perkara ini.

Dan mustahil kita akan membina persahabatan kita, dengan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Dan bila kita tidak mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT, mustahil kita mahu menjadi sahabat yang sejati kepada sahabat kita.

Membuatkan kita tidak pernah mahu berkorban dengan ikhlas kepadanya.

Kerana kita akan sentiasa terfikir: “Apa yang dia boleh berikan kepada aku?”

Tidak Sabar Dalam Melalui Proses.

Persahabatan itu perlu proses untuk mencapai tahapnya yang cantik dan hebat.

Bukanlah selepas sehari dua perkenalan, terus asyik dan erat. Persahabatan yang tidak melalui ujian, cabaran, dan dugaan belum boleh dikatakan persahabatan yang mantap. Hatta Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, ukhuwwah mereka sering teruji.

Mereka teruji dengan cerita yang luar akal, yang dilalui oleh Rasulullah SAW seperti Isra’ dan Mi’raj. Mereka teruji dengan kesempitan hidup, dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan. Mereka teruji dengan peperangan demi peperangan, diseksa dan sebagainya, hanya kerana punya hubungan dengan Rasulullah SAW. Mereka juga dibina fikrah mereka, dengan pengisian-pengisian daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Bukannya duduk lenggang begitu sahaja, dan tiba-tiba berkata: “Aku cintakanmu Rasulullah SAW.”

Bukan. Mereka melalui ‘proses’.

Maka begitulah kita manusia dengan manusia yang lain. Mustahil terus erat ukhuwwahnya, tanpa melalui proses.
 Tanpa wujudnya kefahaman akan makna sebenar ukhuwwah, tanpa melalui cabaran dan dugaan bersama-sama, tanpa bermusafir bersama, tanpa berkongsi kelemahan dan kekuatan, tanpa melalui satu jangka masa. Mustahil.

Tetapi ramai antara kita ‘tidak bersabar’. Terus hendak berjumpa dengan ukhuwwah yang sejati.

Kerana itu hingga kini terus-terusan tidak menjumpai.



Penutup: Ukhuwwah Dengan Manusia, Berurusan Dengan Kelemahan Manusia.

Dan seperkara lagi yang ramai terlepas, adalah kelemahan-kelemahan yang akan muncul kala bersahabat dengan seseorang.

Semestinya, bila bersahabat dengan manusia, maka akan muncul lah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia. Tahap keimanan manusia adalah turun dan naik. Maka begitu jugalah sahabat kita. Turun dan naik.

Ada masanya dia manis dengan kita. Dan semestinya ada masa dia akan pahit dengan kita. Ada masanya dia baik dengan kita, ada masanya dia mungkin akan kurang melayani kita. Begitulah pasang surutnya.

Kerana itu, mengharap kepada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan. Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan sahabat kita. Melengkapinya. Memenuhinya. Menjadi yang terbaik buatnya.

Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita, untuk membantu melengkapkan kekurangannya, sampai bila pun kita tidak akan mampu menjumpai ukhuwwah yang manis, yang mampu membawa kita ke syurgaNya.

Jadi, kita perlu sentiasa bermuhasabah.

Makna ukhuwwah ini bukan semudah mengucap uhibbukafillah.

Tetapi ia hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari redha Allah SWT.


Friday 19 October 2012

Aku Cinta Allah


Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang.

Maha Pencipta, Maha Pengampun.


Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat.

Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.

Dialah Al-Wadud, Yang Maha Mencintai.Katakanlah, ku cinta Dia…


Soalan Pertama :
  • Mengapa Kita Mencintai Allah
    • Sebagai bukti bahawa kita adalah hamba yang  bersyukur
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur. (An-Nahl: 78)




Alhamdulillah. Kita boleh mendengar. Tetapi ada insan yang dilahirkan pekak sekaligus bisu. Kita boleh melihat. Ada insan yang dilahirkan tidak mampu melihat. Ada yang kehilangan penglihatannya. Kita boleh berfikir secara waras. Ada insan yang perkembangan akalnya terbantut atau lambat.



Adakah kita bersyukur? Bagaimana kita bersyukur? Tidak lain melainkan dengan ketaatan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.Pendengaran, penglihatan dan hati, perlu dihiasi dengan ketaatan dan kecintaan kepadaNya.




  • Demi mencapai kemanisan Iman
“Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api”. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


Manisnya coklat berkualiti itu menggembirakan. Manisnya, lazatnya makanan kegemaran itu menyeronokkan. Manisnya senyuman dan wajah itu menenangkan. Manisnya tutur bahasa itu membahagiakan.
Namun halawatul (kemanisan) iman itu bagaimana? Ianya suatu rasa yang lebih hebat.

Kemanisan iman, satu anugerah daripada Allah.
Kemanisan iman, rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah.
Kemanisan iman itu adalah kegembiraan hati, tenangnya jiwa dan bahagianya hidup.

من لم يذوق لا يفهم
Siapa yang belum merasa, tidak memahami.
Halawatul iman itu tidak dapat dirasai melainkan oleh mereka yang sempurna iman dan benar-benar mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya

Kemanisan iman, adalah sesuatu yang kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk merasainya. Kita taat dan mencintai Allah dan Rasul-Nya, demi kemanisan Iman.



  • Untuk meraih Cinta Yang Maha Mencintai

Daripada Abu Darda’ r.a. bahawasanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Di antara doa Nabi Daud ’alaihissalam ialah: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” 

Dan bila Rasulullah s.a.w  mengingat Nabi Daud ’alaihissalam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Betapa manusia mengharap cinta daripada kekasih, sifat raja’ (harap) itu lebih utama kepada Allah s.w.t. Betapa manusia berusaha memenangi cinta insani, cinta daripada Allah itu lebih utama untuk diraih.

Itulah cinta hakiki yang kita dambakan.

Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan cinta daripadaNya, dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Berbahagialah jiwa yang taat dan cinta kepada Allah, kebahagiaan di dunia yang sementara dan kebahagiaan di syurga yang kekal abadi.


  • Kerana Allah Ta’ala telah memperingatkan dan memberi ancaman:


Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. (At-Taubah: 24)





KeampunanMu ku pohon, andai ada selainMu yang lebih utama dalam hatiku.




Kenapa?

Bermulanya aku masuk UTP...
aku rasa bahagia sangat, kerana segala impian dan angan-angan aku kini selangkah menjadi kenyataan.. Sebagai seorang Electrical Engineer Islam yang aku inginkan dalam hidup :)
Bukan senang nak masuk UTP yang bertaraf antarabangsa nie.
semuanya hanya yang terpilih sahaja..Aku bersyukur ke-Hadrat Ilahi

"Pabila hadirmu mengaburi hatiku
Meniti waktu mengisi saat kisah dongengku
Lakaran bahagiamu itu menjanjikan aku
Hanya akan selalu di dalam anganku"


Jejaknya kaki disini...aku ditempatkan kat Village 6...Etana-01-10 :)

Kehidupan aku disini bermula dengan angan2...cita2...cinta <3
Hinggalah kini aku di 1st year 2nd semester...semuanya masih lagi kekal..walaupun banyak dugaan dan rintangan dalam menjadi seorang pelajar, sahabat, pendidik :)
Banyak perubahan berlaku sehari demi sehari...Aku makin kenal apa itu kehidupan..
Aku makin kenal apa itu Cinta..
Aku makin kenal apa itu Persahabatan...
Kini....

"Malam itu, dia text aku...terima kasih sebab jadi sahabat aku selama nie..
Kalau kau tak ada, aku tak tahu siapa yang mampu aku capai..
Lepas tu dia cakap...Selamat Malam Sahabatku :) "

Siapa yang beritahu aku? Itu rahsia...hanya aku dan dia sahaja yang tahu..

Bermula pengenalan itu...aku makin kenal life...terima kasih pada Si Dia..tapi...
persahabatan ada jugak pergaduhan..tak indah seperti yang kita harapkan...
Semuanya boleh rosak hanya dalam satu ketidakfahaman...

"Hina sangat ke aku nie? Sampaikan seorang Sahabat malu nak jalan sekali dgn aku..
"Aku segan la jalan berdua je, mcm GAY"
Kalau ye pun dia tak suka kat aku....
Janganlah hina aku macam itu sekali..
Aku pun ada perasaan jugak..ada maruah"


Hidup aku penuh dengan kisah dongeng...semuanya cerita indah...bagi aku life seindah Fairytale..
Hidup dimana indah, tapi cabaran dan derita di tengah plot cerita..
Biasalah..namapun fairytale...
Sememangnya kemuncak cerita, ianya selalunya tragis, sedih....
Seperti Snow White yang kena racun, Cinderella yang awalnya..hidup susah..
Tapi diakhir cerita, apa yang dihajati..menjadi kenyataan...cinta berputik segar :)
Dan percayalah pada aku..
Di akhir cerita....sinar bahagia akan kembali"




Kenapa Aku Diuji?


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran : 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan perjuangan) & bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran : 200)



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah : 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : 12)



I said to Allah : "I hate life"
Allah replied :"Who asked you to love life??
Just love me & life will be beautiful!
Sahabatku, janganlah kau merasa takut, rugi & menyesal untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah. Janji Allah itu pasti & Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih baik yang telah Dia takdirkan buat hamba-Nya yang tidak pernah berputus harap untuk memohon hanya yang terbaik dari-Nya. Takkan menyesal buat mereka yang melakukan sesuatu & meninggalkan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah..
 .The Beauty of Islam.

Jawapan Aku :)


||Warkah = Bau||

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Lagu ini jawapan bagi setiap persoalan untuk mereka yang tidak pernah mengerti apa itu AKU :)

Thursday 18 October 2012

One Thing


[Liam]
I've tried playing it cool
But when I'm looking at you
I can’t ever be brave
'Cause you make my heart race

[Harry]
Shot me out of the sky
You're my kryptonite
You keep making me weak
Yeah, frozen and can't breathe

[Zayn]
Something’s gotta give now
'Cause I’m dying just to make you see
That I need you here with me now
'Cause you've got that one thing

[All - Chorus]
So get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
And you've got that one thing

[Niall]
Now I'm climbing the walls
But you don't notice at all
That I'm going out of my mind
All day and all night

[Louis-Zayn-Niall]
Something’s gotta give now
'Cause I'm dying just to know your name
And I need you here with me now
'Cause you've got that one thing

[All - Chorus]
So get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing

So get out, get out, get out of my mind
And come on, come into my life
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
And you've got that one thing

Woah-oh-oh-oh
Woah-oh-oh-oh
Woah-oh-oh-oh

[Harry]
You've got that one thing

[Liam]
Get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead

[All - Chorus]
So get out, get out, get out of my head
And fall into my arms instead
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing

So get out, get out, get out of my mind (out of my mind)
And come on, come into my life
I don't, I don't, don't know what it is
But I need that one thing
Yeah, you've got that one thing

Sunday 14 October 2012

Stress??


Islam and Stress management (Part 1): Description and Importance of Zikr
Note: This series of articles about stress on “The Islamic Workplace” blog describe the type of stress one may experience as a normal part of one’s career. These articles are purely for informational purposes, and do not refer to the severe types of stress experienced in major crises or life-threatening situations. One should seek professional advice in such situations.
Stress is “the physiological response to actions or events that place excessive psychological or physical demands on a person.” It is a condition or feeling experienced when a person perceives that demands exceed his ability or resources to handle them. When you are stressed, it may result in any or all of the following:
Decrease in communication.
Decrease in motivation.
Decrease in performance since your performance is a function of your ability times your motivation.
Learned helplessness. According to Wikipedia, “learned helplessness is a psychological condition in which a person feels that he/she has no control over his/her situation and that whatever he/she does is futile. As a result, he/she will stay passive when the situation is unpleasant or harmful.”
Reactance. According to Wikipedia, “reactance is an action in direct contradiction to rules and/or regulations that threaten or eliminate specific behavioral freedoms; it can occur when someone is heavily pressured to accept a certain view or attitude. Reactance can cause the person to adopt or strengthen a view or attitude that is contrary to what was intended and also increases resistance to persuasion.” Reactance can lead to rebellion or physical confrontation to restore previously gained rights or freedom.
Please note that the amount of stress one experiences depends on one’s perception of the situation and one’s ability to handle with it. In a future post, I will talk about the mechanisms underlying stress.
No matter how bad you perceive your situation to be and how depressed or stressed or desperate you are, never give up on Allah. Doing so is actually tantamount to disbelief.
“Truly no one despairs of Allah’s Soothing Mercy except those who have no faith. ” (Qur’an, 12: 87)
When you feel overwhelmed and down with stress, remember Allah and do Zikr. Zikr refers to all forms of the remembrance of Allah, including Salat, Tasbeeh, making supplication (Dua), and reading Quran.
“And your Lord says: ‘Call on Me; I will answer your (prayer)…” (Quran 40:60)
As Muslims, we are in direct communication with the Almighty. He is the only One Who not only Hears and Knows all, but Who can change our situation and give us the patience to deal with our difficulties.
“Remember Me, and I shall remember you; be grateful to Me, and deny Me not“
(Quran 2:152).
Continuously relying on Allah or Tawakkul is an intrinsic part of your life as a Muslim or Muslima, and especially so during times of stress. Before you leave home for work, say ‘in Your Name Allah, I put my trust in Allah, and there is no power or force except with Allah’ (Bismillahi Tawakal to al Allah wa la hawla wa la quwwata illa billah).
Once you have determined how to deal with a stressful situation or problem at work or Allah, put your trust in the most Wise and the All-Knowing.
“When you have taken a decision, put your trust in Allah” (Quran 3: 159).

Tuesday 2 October 2012

RED :)


Loving him is like driving a new Maserati down a dead end street
Faster than the wind, passionate as sin, ending so suddenly
Loving him is like trying to change your mind once you're already flying through the free fall
Like the colors in autumn so bright just before they lose it all
Losing him was blue, like I’d never known
Missing him was dark gray, all alone
Forgetting him was like trying to know somebody you've never met
But loving him was red
Loving him was red
Touching him was like realizing all you ever wanted was right there in front of you
Memorizing him was as easy as knowing all the words to your old favorite song
Fighting with him was like trying to solve a crossword and realizing there's no right answer
Regretting him was like wishing you never found out that love could be that strong
Losing him was blue, like I’d never known
[ From: http://www.metrolyrics.com/red-lyrics-taylor-swift.html ]
Missing him was dark gray, all alone
Forgetting him was like trying to know somebody you never met
But loving him was red, oh red, burning red
Remembering him comes in flashbacks and echoes
Tell myself it's time now gotta let go
But moving on from him is impossible when I still see it all in my head…in burning red
Burning, it was red
Losing him was blue, like I’d never known
Missing him was dark gray, all alone
Forgetting him was like trying to know somebody you've never met
Cause loving him was red, yeah yeah red, burning red
And that’s why he’s spinning around in my head
Comes back to me in burning red
Loving him is like driving a new Maserati down a dead end street