Saturday, 27 October 2012

Begin Again


Assalamualaikum :)

Begin Again 

Ok..before ni aku ada update pasal lirik lagu taylor swift nie..and now..I update the video..

Erm...aku suka lagu Taylor Swift nie..
sbb bukan senang nak mencipta sebuah lagu yg hebat2 nie..
haha ^^

Kau Selamanya

||Kau Selamanya|| - Heliza Hilmi

*I love this song so much...mengingatkan aku pada seseorang :)

Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu

Walau apa pun terjadi
Aku setia menyanyangi
Diri kamu kan berada di hatiku

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Ilahi

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu



#Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku#



Thursday, 25 October 2012

Salam AidilAdha

Assalamualaikum...

Hari nie, Jumaat, bertarikh 26/10/2012 bersamaan 10 ZulHijjah 1433 Hijrah..merupakan hari yang paling penting dalam kehidupan orang Islam, iaitu Hari Raya AidilAdha, atau perkataan melayu dia..hehe...Hari Raya Qurban.. :D

Ni nak cerita ckit ringkasan, what is Raya AidilAdha~ :) ( nak cerita ckit je, sbb korg semua mesti dah tau cerita dia)


Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Eh...ingatkan nak cerita ckit jer...tp mcm banyak je tu...haha...its okay, ilmu dapat dikongsi kan? :)


Okay...Hari Raya nie, aku as UTP students...jap...korg tau tak UTP stand for what? Sebab ada sekali tu, seorang pakcik nie, hurm..dari segi pakaian mcm segak semacam, nmpk mcm org berilmu la...bercerita dekat aq pasal engineering life, cerita2~~ ttbe dia tnye mcm nie kat aku.. "Eh, lupa pakcik, ijam belajar kat mana ek?" Aku pun selamba jela menjawab... "Saya belajar kat UTP", muka mcm bajet SOKMO la bila org tanya belajar kat mana..haha..yela..UTP, one of the hardest and cool university in Malaysia :P .
Pakcik tu tgok lain mcm je kat aku...muka dia mcm memikirkan something..hurm, aq gelabah jela.. (mana tau dia kata UTP loser ke)... dia pun buka bicara.. "erm, UTP apa ek??"... -__-"

So, UTP stand for Universiti Teknologi PETRONAS.. Berdiri megah di Tronoh, Perak...more on engineering and techy life.. Nak tau website UTP, nak amik ~ www.utp.edu.my 

Yang ini blok department

Yang ini kemegahan UTP, Chancellor Hall :)

So, kalau nak tau what is UTP, masuk la UTP yek :P

Eh, melalut jauh aku..soe yek pak :P...ok..come back to the real story, erm...aq org JOHOR...JOHOR dgn PERAK jauh!! :(

So, salah aku jugak, lambat beli tiket balik...padan muka ijam...aq terpaksa beraya di sini, nasib baik ada jugak dak malay yg tak balik..so aq lepak dgn dorg jela.. (walaupun xrapat sgt) haha...

What?? (gaya lagu Taylor Swift - we are never ever getting back together = D )

Hurm...pagi2 nie memang sejuk..yela..hujan rahmat dipagi raya nie kot, sejuk kot..korg apa tau :P..haha...tp alhamdulillah, sesejuk aku, se'alone' aq..aku sempat ucap Selamat Hari Raya kat my family.. :D..hehe..
Nak tgok apa aku text dorg?? haha...


Haha, ni apa yang aku text kat akak iyah la.. :P (bajet duk luar negara je, Perak je pung~~)

So beruntung la kepada sapa2 yg balik bertemu keluarga dalam menyambut hari yg mulia nie, while me..terdampar di alam kesunyian bersama mat foreigner di sini...erm..xpela, foreigner pun, manusia jugak..kan? Bukan nyer dorg nak sembelih aku nanti wat qurban, oppssss... astagfirullah :)

Then, aku ada jugak hantar mesej kat kawan aku, hantar mesej jela eh..malas nak habis kredit nak call kome semua...hahaha

Yang ni aku text kat kawan aku, ayat skema,haha..seperti budak baik.. #eh


Yang nie fazlie reply kat aku, Thanx tau fazlie :)

Erm...nak cakap apa lagi ek...huhu...aku sebenarnya dah rindu gler nak dengar org berkhutbah nie... :(
Baru rasa mcm dok over the sea kan..haha...

Seyes tak sabar nak p masjid... :)

Oklah, aku nak siap2 kan diri aku...dah pukul berapa ni...so selamat hari raya AidilAdha korg.. :)

Thanx membaca ^^V









Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.


Sahabat Sejati Dunia & Akhirat


Sahabat sejati. 
Ramai mencari sahabat sejati. Bertanyakan akan ciri-cirinya. Berhajat untuk mempunyainya.

Jika dilemparkan pertanyaan kepada saya: “Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?”

Saya akan menjawab dengan mudah: “Dia adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.”

Yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. Yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. Yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan.

Namun, mencari sahabat sejati, tidak ramai yang menjumpainya.

Mengapa?



Kerana pertamanya, kita sendiri tidak berusaha menjadi sahabat sejati kepada yang lainnya.

Kita Tidak Pernah Berkorban Dengan Ikhlas.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.

Hadith ini memberikan makna yang sangat tinggi kepada erti persahabatan, apabila keimanan menjadi taruhan. Tidak beriman, yakni tidak sempurna keimanan seseorang, sekiranya dia sendiri tidak mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya. Begitulah Islam membina masyarakat yang kuat ukhuwwahnya. Mengajak agar kita mementingkan sahabat kita, dan tidak menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.

Namun siapakah yang menyantuni hadith ini?

Rata-rata mengharapkan sahabatnya ikhlas berkorban buatnya. Tetapi siapakah yang bergerak bersungguh-sungguh berkorban buat sahabatnya?

Dan pernahkah kita bertanya, mengapa keimanan dipertaruhkan di dalam hadith ini? Apa kena mengena iman dengan ukhuwwah?

Kerana orang yang benar ukhuwwahnya, adalah yang mempercayai janji Allah SWT dan RasulNya dalam medan ukhuwwah ini.

Ingatlah firman Allah SWT:

“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”  Surah Az-Zukhruf ayat 67.

dan sabda Rasulullah SAW:

“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya: ….. Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya.” Hadith Riwayat Bukhari.

Ya. Tanpa keimanan, mustahil kita akan mempercayai perkara ini.

Dan mustahil kita akan membina persahabatan kita, dengan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Dan bila kita tidak mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT, mustahil kita mahu menjadi sahabat yang sejati kepada sahabat kita.

Membuatkan kita tidak pernah mahu berkorban dengan ikhlas kepadanya.

Kerana kita akan sentiasa terfikir: “Apa yang dia boleh berikan kepada aku?”

Tidak Sabar Dalam Melalui Proses.

Persahabatan itu perlu proses untuk mencapai tahapnya yang cantik dan hebat.

Bukanlah selepas sehari dua perkenalan, terus asyik dan erat. Persahabatan yang tidak melalui ujian, cabaran, dan dugaan belum boleh dikatakan persahabatan yang mantap. Hatta Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, ukhuwwah mereka sering teruji.

Mereka teruji dengan cerita yang luar akal, yang dilalui oleh Rasulullah SAW seperti Isra’ dan Mi’raj. Mereka teruji dengan kesempitan hidup, dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan. Mereka teruji dengan peperangan demi peperangan, diseksa dan sebagainya, hanya kerana punya hubungan dengan Rasulullah SAW. Mereka juga dibina fikrah mereka, dengan pengisian-pengisian daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Bukannya duduk lenggang begitu sahaja, dan tiba-tiba berkata: “Aku cintakanmu Rasulullah SAW.”

Bukan. Mereka melalui ‘proses’.

Maka begitulah kita manusia dengan manusia yang lain. Mustahil terus erat ukhuwwahnya, tanpa melalui proses.
 Tanpa wujudnya kefahaman akan makna sebenar ukhuwwah, tanpa melalui cabaran dan dugaan bersama-sama, tanpa bermusafir bersama, tanpa berkongsi kelemahan dan kekuatan, tanpa melalui satu jangka masa. Mustahil.

Tetapi ramai antara kita ‘tidak bersabar’. Terus hendak berjumpa dengan ukhuwwah yang sejati.

Kerana itu hingga kini terus-terusan tidak menjumpai.



Penutup: Ukhuwwah Dengan Manusia, Berurusan Dengan Kelemahan Manusia.

Dan seperkara lagi yang ramai terlepas, adalah kelemahan-kelemahan yang akan muncul kala bersahabat dengan seseorang.

Semestinya, bila bersahabat dengan manusia, maka akan muncul lah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia. Tahap keimanan manusia adalah turun dan naik. Maka begitu jugalah sahabat kita. Turun dan naik.

Ada masanya dia manis dengan kita. Dan semestinya ada masa dia akan pahit dengan kita. Ada masanya dia baik dengan kita, ada masanya dia mungkin akan kurang melayani kita. Begitulah pasang surutnya.

Kerana itu, mengharap kepada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan. Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan sahabat kita. Melengkapinya. Memenuhinya. Menjadi yang terbaik buatnya.

Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita, untuk membantu melengkapkan kekurangannya, sampai bila pun kita tidak akan mampu menjumpai ukhuwwah yang manis, yang mampu membawa kita ke syurgaNya.

Jadi, kita perlu sentiasa bermuhasabah.

Makna ukhuwwah ini bukan semudah mengucap uhibbukafillah.

Tetapi ia hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari redha Allah SWT.


Friday, 19 October 2012

Aku Cinta Allah


Dialah Allah. Maha Pemurah. Maha Penyayang.

Maha Pencipta, Maha Pengampun.


Maha Pengurnia, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pembuka Rahmat.

Maha Pelapang Hidup, Maha Pemberi Manfaat.

Dialah Al-Wadud, Yang Maha Mencintai.Katakanlah, ku cinta Dia…


Soalan Pertama :
  • Mengapa Kita Mencintai Allah
    • Sebagai bukti bahawa kita adalah hamba yang  bersyukur
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur. (An-Nahl: 78)




Alhamdulillah. Kita boleh mendengar. Tetapi ada insan yang dilahirkan pekak sekaligus bisu. Kita boleh melihat. Ada insan yang dilahirkan tidak mampu melihat. Ada yang kehilangan penglihatannya. Kita boleh berfikir secara waras. Ada insan yang perkembangan akalnya terbantut atau lambat.



Adakah kita bersyukur? Bagaimana kita bersyukur? Tidak lain melainkan dengan ketaatan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.Pendengaran, penglihatan dan hati, perlu dihiasi dengan ketaatan dan kecintaan kepadaNya.




  • Demi mencapai kemanisan Iman
“Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api”. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)


Manisnya coklat berkualiti itu menggembirakan. Manisnya, lazatnya makanan kegemaran itu menyeronokkan. Manisnya senyuman dan wajah itu menenangkan. Manisnya tutur bahasa itu membahagiakan.
Namun halawatul (kemanisan) iman itu bagaimana? Ianya suatu rasa yang lebih hebat.

Kemanisan iman, satu anugerah daripada Allah.
Kemanisan iman, rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah.
Kemanisan iman itu adalah kegembiraan hati, tenangnya jiwa dan bahagianya hidup.

من لم يذوق لا يفهم
Siapa yang belum merasa, tidak memahami.
Halawatul iman itu tidak dapat dirasai melainkan oleh mereka yang sempurna iman dan benar-benar mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya

Kemanisan iman, adalah sesuatu yang kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk merasainya. Kita taat dan mencintai Allah dan Rasul-Nya, demi kemanisan Iman.



  • Untuk meraih Cinta Yang Maha Mencintai

Daripada Abu Darda’ r.a. bahawasanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Di antara doa Nabi Daud ’alaihissalam ialah: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” 

Dan bila Rasulullah s.a.w  mengingat Nabi Daud ’alaihissalam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Betapa manusia mengharap cinta daripada kekasih, sifat raja’ (harap) itu lebih utama kepada Allah s.w.t. Betapa manusia berusaha memenangi cinta insani, cinta daripada Allah itu lebih utama untuk diraih.

Itulah cinta hakiki yang kita dambakan.

Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan cinta daripadaNya, dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Berbahagialah jiwa yang taat dan cinta kepada Allah, kebahagiaan di dunia yang sementara dan kebahagiaan di syurga yang kekal abadi.


  • Kerana Allah Ta’ala telah memperingatkan dan memberi ancaman:


Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. (At-Taubah: 24)





KeampunanMu ku pohon, andai ada selainMu yang lebih utama dalam hatiku.